minggu ni Yan cuti mid sem seminggu. Cadang nak jahit tudung halfmoon dengan blause simple.. Hari tu sebelum balik, singgah The Mines beli kain chiffon 1 1/2 meter.. lepas tu rembat jugak kain untuk buat blaus dua meter..
Semalam dah selamat jahit halfmoon shawl dengan jayanya hehehehe.. And tadi pagi-pagi lagi buat pola and gunting kain untuk blaus.. Bila cantum badan, keadaannya tak berapa nak lawa la pulak. Macam lari sikit dari pola..tak tahu la kenapa.. pening-pening..
Yan tak siapkan lagi sebab tadi ayah renovate sikit bilik menjahit Yan. Jadi tak boleh nak guna mesin jahit tepi yang ada dalam tu.. But, luckily tomorrow dah boleh guna. Sebab tak sabar nak tengok keadaan Blouse tu lepas siap.
Actually ni first time Yan jahit blouse. Tu yang macam keadaan tak berapa sempurna. But, I believe, after the second or the third blouse nanti, mungkin dah ok la kot =D practice makes perfect!
Nanti Yan akan upload gambarnya bila siap nanti ok =D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan