Assalamualaikum
=D
Entri
Yan hari ni bukan pasal quilling atau felt tapi cuma nak membebel je hehehe…
Hari ni Yan ada tengok Wanita Hari Ini di TV3.. Biasalah kalau hari Isnin ni
memang tajuknya fesyen.. Memang tajuk yang Yan memang suka sangat-sangat la hehehe…
Yan
tertarik dengan tajuk yang dibincangkan hari ni. Hari ni WHI cerita pasal
fesyen yang menjadi trend tahun 2014 iaitu palazzo pant dan ‘cape’. Macam yang
kita tahu, seluar palazzo ni sebenarnya bukan lagi baru dekat Malaysia ni.
Tahun 2013 pun dah ramai yang berani menggayakan seluar palazzo ni. Tapi kalau
‘cape’ pula, rasanya memang sesuatu yang baru untuk fashionista di Malaysia. Tak
pernah lagi pergi jenjalan kat pasar ternampak orang pakai ‘cape’ =D
Bagi
Yan, palazzo ni sesuai digayakan oleh wanita muslimah sebab potongannya yang
longgar. Tapi cuma kalau muslimah, pastikan dulu material yang digunakan untuk
seluar tu. Kalau kain jenis lycra, bagi Yan agak tak sesuai untuk muslimah.
Sebab boleh menampakkan bentuk yang ehem2.. Paham-paham la kan hehehe.. tapi
kalau baju yang dipakai tu dilabuhkan melebihi paras punggung, Insya
Allah tetap nampak sopan.. =D
cantiknya palazzo ni... nak nak nak!!!! ^_^
sumber: SINI
Yan
teringin juga nak cuba seluar palazzo ni. Mungkin nanti nak grab satu hehehe..
Tapi kalau ‘cape’ mungkin kurang sesuai untuk Yan kot. Cape ni sebenarnya
dipakai di Barat untuk melindungi tubuh pada musim sejuk. Tu tujuan asal
‘cape’. Tapi sekarang ni, ‘cape’ dah diolah jadi salah satu fesyen yang boleh
dipakai bukan sahaja pada musim sejuk. Memang cantikkkkk…
'cape' merah.. waaahhhhh cantikkkkkkkk
Sumber: SINI
Fesyen
di Malaysia terutama fesyen muslimah sejak akhir-akhir ni berkembang dengan
sangat baik. Kalau dulu, tersangatlah susah bagi muslimah untuk berfesyen. Tapi
sekarang ni, lambakan pakaian muslimah yang sangat gorgeous kita boleh dapat
dekat pasaran. Apa-apa pun, kita perlulah bijak dalam berfesyen. Betul apa yang
orang-orang dulu cakap “ukur baju di badan sendiri”. Cari yang betul-betul
sesuai dengan diri kita. Yang paling penting kita rasa selesa dan yakin! ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan