Ahad, 12 Oktober 2014

Dress Kanak-kanak

Assalamualaikum ^_^

Hari ni nak tunjuk haritu ada buat dress kanak-kanak ni.. Dah lama nak buat pattern ni tapi asyik tangguh je.. Maklumlah kalau buat pun nak bagi sape pakai kan? hehehe So, masa cuti raya haji baru ni, tetibe rasa nak jahit dress ni..

Selongkar punya selongkar, kain lebih performance teater semester lepas je ada sikit.. Tapi buat jugak sebab nak tengok hasilnye cam mane.. So, ni la hasilnya ^_^


Dress ni saiz baby girl 4 tahun

Baju ni full lining.. First time buat camni.. Tapi suka sebab nampak kemas sangat taw.. Simple je dress ni sebab just nak cuba-cuba.. Letak je bow satu kat tengah.. Dah siap! ^_^ 

Kalau nak lagi cun, letak la poket dua kat bawah.. Tapi Yan malas nak letak..sebab kain pun tak cun sangat.. hohoho Lain kali la beli kain comel kit..


SHAWL 3 WARNA

Assalamualaikum and Selamat tengahari gorgeous ^_^

Hari ni nak share hari tu Yan ada buat shawl.. Ukuran shawl ni dua meter.. So, cantik je kala nak gayakan.. Tak pendek dan tak labuh sangat.. Yan buat dua shawl ni haritu.. Satu untuk Yan and satu untuk kakak Yan..

Jom tengok ^_^

Suka gabungan warna yang nampak ceria ni



Gorgeous tak warna dia? ^_^ material shawl ni chiffon.. So, kalau pakai memang cantik je jatuh.. Sekeliling shawl ni Yan tak cuma jahit tepi halus.. Yan jahit sekeliling nya supaya hasil lebih kemas and cun.. plus nanti kalau pakai, tak la betul-betul melekap kat dahi.. jadinya org tembam cam Yan ni kalau pakai tak nampak kembang setaman pipi hik hik hik

Ada a few lagi projek yang Yan buat.. Nanti bila ada masa, Yan update ^_^ Bye for now..

Isnin, 21 April 2014

CITA-CITA NAK BUKAK BUTIK ONLINE =D

Assalamualaikum semua =D

Hai.. How are you? hehehe

Minggu ni Yan tersangat lah free.. Banyak kelas tak ada.. Hari ni pun Cuma ada satu kelas je.. Pukul 3 petang kang.. Tapi tadi awal pagi lagi dah keluar buat group work.. Buat buku skrap.. hahaha Bunyi macam kerja budak-budak je kan? Tapi seronok.. Macam ni la kalau ambik kos pendidikan.. Kena belajar jadi cikgu, dan kena juga letak kan diri dalam situasi pelajar.. haaa macam mana tu? Hehehe Kena kreatif berfikir la maknanya..

Ok habis cerita pasal groupwork..

Sekarang nak cerita pasal perancangan Yan.. Ok macam ni.. Macam yang korang semua tahu, Yan ni tersangat la minat dalam bidang jahit menjahit ni.. So, Yan bercita-cita nak bukak online shop jual pakaian dan shawl readymade yang Yan akan buat sendiri..

Idea ni datang bila Yan tengok dekat pasaran banyak pakaian yang cantik-cantik.. Yan suka tengok design pakaian yang comel-comel..contoh nya macam yang dekat bawah ni.. Super cuteeeeeee ^_^

jatuh hati dengan blog ni.. pakaian nye semua canti-cantik.. ^_^

cantiknyeerrrrr.. suka warna pastel macam ni ^_^

cute nyerr peplum ni ^_^ Yan tak pernah pakai peplum.. but this one is super cute!!!
Banyak lagi yang cantik-cantik dekat minazboutiquestudio.com



So, Yan bercita-cita nak bukak online shop yang jual pakain yang comel-comel ni dengan harga mampu milik.. Kalau boleh, Yan nak semua wanita kat luar sana tu dapat pakai pakaian yang cantik-cantik dan bergaya ^_^ Tapi yang penting still tutup aurat.. Yan nak semua orang tahu walaupun bertudung litup, muslimah tetap nampak cantik dan ayu... Tu harapan Yan la.. Yan harap perancangan Yan ni akan termakbul Aminn.. ^_^ 

But i still need to learn a lot... =D

Rabu, 16 April 2014

Minggu yang Free(^_^) ~~~~

Salam semua =)

Hari ni free sikit.. kelas sampai pukul 2 je tadi.. Malam pulak tak ade practice untuk teater sebab performance dua minggu lagi.. So, memang free sesangat la minggu ni.. Minggu depan pun sama.. Ramai lecturer yang tak ada.. Jadi memang seronokkkkk sesangat la hehehe

Jadinya minggu ni Yan cadang nak DIY halfmoon shawl lagi.. Tapi kali ni nak tambah manik sikit.. Kasi nampak lip lap lip lap sikit sebab nak buat sebagai hadiah untuk birthday kawan Yan sabtu ni.. Nama dia Aleen.. Yan sayang sangat kawan Yan yang sorang ni.. Dia sweet and cute.. Sayang Aleen ^_^..

Jadi ingat nak bagi sesuatu untuk dia sebagai kenang-kenangan.. TAPI... shhhhhh rahsia taw.. Dia tak tahu pun pasal plan Yan ni.. Sebab dia tak tahu pun Yan ade blog ni.. Jadi possibility untuk dia tahu suprize ni hanya sebanyak 0.00009% je..ohoiiiiii =D

So, kain belum beli.. Cadang sabtu ni nak pergi beli kain dekat Tewah.. Dah dapat green light dr Encik A nak pergi cari kain hujung minggu ni.. Tak pergi dengan dia pun.. Sebab dia jauh.. Cuma bagi tau je.. Kala tak die risau.. Almaklumlah i ni selalu lone ranger je pergi mana-mana.. Ahaksss gediks je u Encik A.. ^_^

Manik pun dah usha2 dekat page FB tadi.. ingat nak beli banyak sikit manik.. Sebab........ Ehemmm.. sebenarnya kita cadang nak bukak online shop jual tudung and shawl.. theeeeee ^_^ gediks tak? Baru perancangan.. Kita nak partner dengan kakak kite.. 

Ok.. Setakat ni dulu la ye.. Nanti Yan update lagi entri kalau dah siap shawl tu.. bye2 salam =D

Ahad, 13 April 2014

BLOUSE COTTON DAN KAIN CORAK BATIK

Salam =)

seperti yang dijanjikan hari tu.. ni nak tunjuk blouse yang Yan cuba buat haritu..



Blouse yang first ni bercorak batik.. Potongan blouse ni lurus je..Ni yang Yan beli kain nya kat The Mines sebelum balik hari tu.. Yang ni kejadiannya tak berapa nak puas hati la.. bukan ape.. Tak puas hati tang leher tu.. Hajatnya nak buat piping.. Tapi tersilap kainnya tak ambil bias.. Dah siap baru teringat.. Patut la masa jahit tu ada rasa tak kena je.. Nak tetas balik memang dah malas.. last nya pakai je sebab pikir dalam tudung tak nampak hehehe tapi Yan berjanji pada diri sendiri yang Yan tak kan buat blouse seburuk ini lagi.. berbulu mata tengok tang leher tu =,="




Yang ni pula Yan jahit pakai kain cotton bunga halus-halus.. Sekali pandang macam kurung kedah kan sebab corak kain macam tu biasanya buat kurung kedah. Tapi yang ni jahit untuk mak.. Kain nya cuma kain lebih Yan buat baju kurung untuk kakak Yan hari tu.. Sebab dia beli kain cotton tu 4meter bidang 60.. memang besar.. Dapat baju kurung dewasa and blouse dewasa.. Yang ni Yan buat pelapik pada lehernye. Sebenarnya Yan suka buat baju pakai pelapik ni.. Biarpun agak remeh and lambat, tapi Yan suka hasilnya yang kemas. tengok pun puas hati je.. Yang ni badan ada potongan sikit..

Yang ni pulak halfmoon shawl yang Yan baru buat jugak.. Warna ungu my favorite hehehehe


Shawl halfmoon ni Yan pakai kain chiffon yang agak tebal sikit.. Jadi selamat la nak pakai.. tak jarang hehehe Kalau beli halfmoon shawl yang dah siap kat kedai tu selalunya jarang.. Kena pakai inner neck..aduhai tak berapa selesa pakai inner neck.. 

Halfmoon shawl ni Yan buat plain je.. Tak ada manik dan sebagainye.. Dah siap terus pakai bawak pergi jenjalan hehehe.. Cadangnya raya ni nak buat halfmoon shawl macam ni..mungkin tambah manik atau lace pulak.. And maybe buat utuk anak buah Yan sekali.. Dia dah mintak tolong buatkan dah.. Biasa la..anak buah kita dah anak dara dah.. Tinggi dari i pulak tu..Sobss sobss sobsss 

Kakak Yan pun tadi buat halfmoon shawl jugak.. Siap dah la rasanya tu.. Selamat pakai halfmoon shawl baru ye Kak Idah hehehe

Kesimpulannya memang best buat sendiri pakaian ni.. Bila pakai tu rasa bangga semacam je kui kui kui.. Bukan apa.. Penat wooo jahit hehehe 

Sekarang Yan tengah nak siapkan kostume untuk pementasan teater Yan nanti.. Tapi terpaksa tangguh sebab cuti midsem dah habis.. terpaksa pulang semula ke UPM.. Maaaak tak nak balik.. Tak puas lagi cuti.. sobsss sobsss... =( Kalau mak aku baca ni, abis aku kena marah hehehe)

Nanti Yan dah siap kostume, Yan upload sini k.. Bye =D

Isnin, 7 April 2014

PERCUBAAN BLOUSE

hye Allssss... Assalamualaikum

minggu ni Yan cuti mid sem seminggu. Cadang nak jahit tudung halfmoon dengan blause simple.. Hari tu sebelum balik, singgah The Mines beli kain chiffon 1 1/2 meter.. lepas tu rembat jugak kain untuk buat blaus dua meter..

Semalam dah selamat jahit halfmoon shawl dengan jayanya hehehehe.. And tadi pagi-pagi lagi buat pola and gunting kain untuk blaus.. Bila cantum badan, keadaannya tak berapa nak lawa la pulak. Macam lari sikit dari pola..tak tahu la kenapa.. pening-pening.. 

Yan tak siapkan lagi sebab tadi ayah renovate sikit bilik menjahit Yan. Jadi tak boleh nak guna mesin jahit tepi yang ada dalam tu.. But, luckily tomorrow dah boleh guna. Sebab tak sabar nak tengok keadaan Blouse tu lepas siap. 

Actually ni first time Yan jahit blouse. Tu yang macam keadaan tak berapa sempurna. But, I believe, after the second or the third blouse nanti, mungkin dah ok la kot =D practice makes perfect! 

Nanti Yan akan upload gambarnya bila siap nanti ok =D

Ahad, 19 Januari 2014

Assalamualaikum =D

Entri Yan hari ni bukan pasal quilling atau felt tapi cuma nak membebel je hehehe… Hari ni Yan ada tengok Wanita Hari Ini di TV3.. Biasalah kalau hari Isnin ni memang tajuknya fesyen.. Memang tajuk yang Yan memang suka sangat-sangat la hehehe…

Yan tertarik dengan tajuk yang dibincangkan hari ni. Hari ni WHI cerita pasal fesyen yang menjadi trend tahun 2014 iaitu palazzo pant dan ‘cape’. Macam yang kita tahu, seluar palazzo ni sebenarnya bukan lagi baru dekat Malaysia ni. Tahun 2013 pun dah ramai yang berani menggayakan seluar palazzo ni. Tapi kalau ‘cape’ pula, rasanya memang sesuatu yang baru untuk fashionista di Malaysia. Tak pernah lagi pergi jenjalan kat pasar ternampak orang pakai ‘cape’ =D

Bagi Yan, palazzo ni sesuai digayakan oleh wanita muslimah sebab potongannya yang longgar. Tapi cuma kalau muslimah, pastikan dulu material yang digunakan untuk seluar tu. Kalau kain jenis lycra, bagi Yan agak tak sesuai untuk muslimah. Sebab boleh menampakkan bentuk yang ehem2.. Paham-paham la kan hehehe.. tapi kalau baju yang dipakai tu dilabuhkan melebihi paras punggung, Insya Allah tetap nampak sopan.. =D


cantiknya palazzo ni... nak nak nak!!!! ^_^
sumber: SINI


Yan teringin juga nak cuba seluar palazzo ni. Mungkin nanti nak grab satu hehehe.. Tapi kalau ‘cape’ mungkin kurang sesuai untuk Yan kot. Cape ni sebenarnya dipakai di Barat untuk melindungi tubuh pada musim sejuk. Tu tujuan asal ‘cape’. Tapi sekarang ni, ‘cape’ dah diolah jadi salah satu fesyen yang boleh dipakai bukan sahaja pada musim sejuk. Memang cantikkkkk…


'cape' merah.. waaahhhhh cantikkkkkkkk
Sumber: SINI

Fesyen di Malaysia terutama fesyen muslimah sejak akhir-akhir ni berkembang dengan sangat baik. Kalau dulu, tersangatlah susah bagi muslimah untuk berfesyen. Tapi sekarang ni, lambakan pakaian muslimah yang sangat gorgeous kita boleh dapat dekat pasaran. Apa-apa pun, kita perlulah bijak dalam berfesyen. Betul apa yang orang-orang dulu cakap “ukur baju di badan sendiri”. Cari yang betul-betul sesuai dengan diri kita. Yang paling penting kita rasa selesa dan yakin! ^_^ 

Khamis, 16 Januari 2014

QUILLED CARD

Assalamualaikum =D

Dah lapan hari Yan cuti semester.. Tapi baru hari ni dapat update blog.. Nak tunjuk kad yang Yan buat semalam.. menggunakan teknik quilling.. Jom tengok! =D




Yan tertarik dengan quilling ni lepas blogwalking and tengok ramai crafter yang buat.. Ada yang buat atas kad, ada yang dalam frame.. memang cantik-cantik sangaaattttt =D



First time buat not bad la kan? hehehe lepas buat ni terus rasa fall in love mati2 kat art ni hehehe lepas ni nak cuba buat lagi ^_^



Abaikan hand writing yang tersangat lah teruk tu =D next time kena print baru nampak cantik mih mih mih....




That's all for today.. Insya Allah nanti Yan akan update lagi projek Yan yang terbaru.. Good bye for now ^_^

Khamis, 2 Januari 2014

Keychain Bear Comel

Assalamualaikum =D

Hari ni Yan nak tunjukkan keychain bear yang Yan buat masa studyweek haritu.. Keychain Bear ni simple je design nya tapi cantik kan? =D

Yan buat untuk anak buah Yan.. Sibuk nak jugak keychain.. Katanya nak buat gantung di kotak pensil.. Maklumlah dah mula sekolah kan..Tu yang buat sorang satu keychain bear ni.. Suka sangat diorang hehehe

Kalau yang berminat design Keychain Bear macam ni boleh la ke facebook Yan untuk tempahan..

KEYCHAIN BEAR COMEL

RM2/ PCS





Untuk Keychain Bear yang comel ni, warna boleh request.. Kat sini Yan buat warna merah cili dengan kuning..


Kalau anda nak tempah, boleh Pm Yan di FACEBOOK.. Yan jual murah-murah je.. sebab Yan cuma nak isi masa lapang sambil memenuhi minat Yan dalam kraf ni.. =D

Jom pakat-pakat tempah keychain bear yang comel ni.. Cantik gantung di beg sekolah atau juga di kotak pensil.. Sangkut kat kunci pun cun! =D