Ahad, 19 Januari 2014

Assalamualaikum =D

Entri Yan hari ni bukan pasal quilling atau felt tapi cuma nak membebel je hehehe… Hari ni Yan ada tengok Wanita Hari Ini di TV3.. Biasalah kalau hari Isnin ni memang tajuknya fesyen.. Memang tajuk yang Yan memang suka sangat-sangat la hehehe…

Yan tertarik dengan tajuk yang dibincangkan hari ni. Hari ni WHI cerita pasal fesyen yang menjadi trend tahun 2014 iaitu palazzo pant dan ‘cape’. Macam yang kita tahu, seluar palazzo ni sebenarnya bukan lagi baru dekat Malaysia ni. Tahun 2013 pun dah ramai yang berani menggayakan seluar palazzo ni. Tapi kalau ‘cape’ pula, rasanya memang sesuatu yang baru untuk fashionista di Malaysia. Tak pernah lagi pergi jenjalan kat pasar ternampak orang pakai ‘cape’ =D

Bagi Yan, palazzo ni sesuai digayakan oleh wanita muslimah sebab potongannya yang longgar. Tapi cuma kalau muslimah, pastikan dulu material yang digunakan untuk seluar tu. Kalau kain jenis lycra, bagi Yan agak tak sesuai untuk muslimah. Sebab boleh menampakkan bentuk yang ehem2.. Paham-paham la kan hehehe.. tapi kalau baju yang dipakai tu dilabuhkan melebihi paras punggung, Insya Allah tetap nampak sopan.. =D


cantiknya palazzo ni... nak nak nak!!!! ^_^
sumber: SINI


Yan teringin juga nak cuba seluar palazzo ni. Mungkin nanti nak grab satu hehehe.. Tapi kalau ‘cape’ mungkin kurang sesuai untuk Yan kot. Cape ni sebenarnya dipakai di Barat untuk melindungi tubuh pada musim sejuk. Tu tujuan asal ‘cape’. Tapi sekarang ni, ‘cape’ dah diolah jadi salah satu fesyen yang boleh dipakai bukan sahaja pada musim sejuk. Memang cantikkkkk…


'cape' merah.. waaahhhhh cantikkkkkkkk
Sumber: SINI

Fesyen di Malaysia terutama fesyen muslimah sejak akhir-akhir ni berkembang dengan sangat baik. Kalau dulu, tersangatlah susah bagi muslimah untuk berfesyen. Tapi sekarang ni, lambakan pakaian muslimah yang sangat gorgeous kita boleh dapat dekat pasaran. Apa-apa pun, kita perlulah bijak dalam berfesyen. Betul apa yang orang-orang dulu cakap “ukur baju di badan sendiri”. Cari yang betul-betul sesuai dengan diri kita. Yang paling penting kita rasa selesa dan yakin! ^_^ 

Khamis, 16 Januari 2014

QUILLED CARD

Assalamualaikum =D

Dah lapan hari Yan cuti semester.. Tapi baru hari ni dapat update blog.. Nak tunjuk kad yang Yan buat semalam.. menggunakan teknik quilling.. Jom tengok! =D




Yan tertarik dengan quilling ni lepas blogwalking and tengok ramai crafter yang buat.. Ada yang buat atas kad, ada yang dalam frame.. memang cantik-cantik sangaaattttt =D



First time buat not bad la kan? hehehe lepas buat ni terus rasa fall in love mati2 kat art ni hehehe lepas ni nak cuba buat lagi ^_^



Abaikan hand writing yang tersangat lah teruk tu =D next time kena print baru nampak cantik mih mih mih....




That's all for today.. Insya Allah nanti Yan akan update lagi projek Yan yang terbaru.. Good bye for now ^_^

Khamis, 2 Januari 2014

Keychain Bear Comel

Assalamualaikum =D

Hari ni Yan nak tunjukkan keychain bear yang Yan buat masa studyweek haritu.. Keychain Bear ni simple je design nya tapi cantik kan? =D

Yan buat untuk anak buah Yan.. Sibuk nak jugak keychain.. Katanya nak buat gantung di kotak pensil.. Maklumlah dah mula sekolah kan..Tu yang buat sorang satu keychain bear ni.. Suka sangat diorang hehehe

Kalau yang berminat design Keychain Bear macam ni boleh la ke facebook Yan untuk tempahan..

KEYCHAIN BEAR COMEL

RM2/ PCS





Untuk Keychain Bear yang comel ni, warna boleh request.. Kat sini Yan buat warna merah cili dengan kuning..


Kalau anda nak tempah, boleh Pm Yan di FACEBOOK.. Yan jual murah-murah je.. sebab Yan cuma nak isi masa lapang sambil memenuhi minat Yan dalam kraf ni.. =D

Jom pakat-pakat tempah keychain bear yang comel ni.. Cantik gantung di beg sekolah atau juga di kotak pensil.. Sangkut kat kunci pun cun! =D