Jumaat, 22 November 2013

Entri Petang Jumaat yang Mendung...

Assalamualaikum =D 

Update entri dalam keadaan yang mendung ni..romantik sungguh ecehhh hehehe...
Kat Serdang ni asyik mendung je sejak kebelakangan ni..Tapi rasanya tempat lain pun sama kan? Dah nak musim tengkujuh ke agaknya?

Saya memang suka cuaca hujan-hujan macam ni.. Cuma kadang-kadang tu takut juga saya.. Dekat UPM ni kalau hujan tak guruh memang tak sah.. Guruh pulak bukan nak slow-slow.. Kuat bukan main.. Tambah pulak saya ni duduk bangunan tingkat 5.. Kilat tu macam lalu depan mata je.. Kecut perut iollss taw hehehe



ni gambar dari atas blok ioolss.. nampak mendung kan?



Sebenarnya dari atas ni boleh nampak ERL lalu kat belakang tu..
Tapi camera tak canggih nak zoom hehe

Dalam pada mendung-mendung ni, saya ada juga buat penanda buku.. will update soon for the bookmarks.. Till now, bye =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan