Rabu, 27 November 2013

Assalamualaikum =D

dah berapa hari tak update blog.. agak busy seminggu dua ni.. almaklumlah tinggal 3 minggu je lagi sebelum habis kuliah and pastu final exam.. jadi agak busy assignment sana sini.. due date pun dekat-dekat.. jadi macam terkejar-kejar sikit.. ni pun curi-curi masa sikit update.. oleh sebab ke'busy'an yang melanda, tak dapat la nak create hasil kraf yang baru..cadangnya nak buat greeting card.. tapi mungkin tunggu study week nanti la kot..tak lama dah =D hehehe
so, nantikan greeting card dari Rosy Handmade Crafts ok =D

Sabtu, 23 November 2013

BOOKMARKS DAH SIAP! =D

Assalamualaikum =D

Seperti yang dijanjikan… Saya nak update pasal bookmarks bertemakan friendship. Bookmarks ni saya buat semalam sebenarnya. Tapi hari ni baru dapat upload. Ada quotes tentang friendship.


 Sedar atau tak, sahabat adalah antara orang yang penting dalam hidup kita. Cuba bayangkan kalau tak ada sahabat, maka sunyilah hidup kita. Sahabat ni bukan sahaja manusia, kadang-kadang kucing pon boleh jadi sahabat kita. Tapi takkan nak hadiahkan bookmark pulak kat kucing walaupun kucing tu sahabat dunia akhirat kita kan hehehe



Ok jom layan bookmarks yang saya buat ni.. Nak tempah? Boleh je.. Dipersilakan contact saya kat facebook.. Like page saya ok hehehe =D


saya buat dua warna... orange and kelabu





Kalau tak mau tema friendship, saya boleh tukar quotes tu kepada love, teacher, adik beradik atau tema-tema yang anda nak. Warna pon boleh request.. 

Untuk tengok lebih banyak gambar, pergi ke Facebook saya.. Banyak lagi gambar yang saya upload.. Ada gambar setiap satu bookmark yang saya buat.. Boleh cuci-cuci mata hehehe =D

Tunggu projek saya seterusnya k.. Ok till now guys.. A lot more coming soon. Bye =D

Jumaat, 22 November 2013

Entri Petang Jumaat yang Mendung...

Assalamualaikum =D 

Update entri dalam keadaan yang mendung ni..romantik sungguh ecehhh hehehe...
Kat Serdang ni asyik mendung je sejak kebelakangan ni..Tapi rasanya tempat lain pun sama kan? Dah nak musim tengkujuh ke agaknya?

Saya memang suka cuaca hujan-hujan macam ni.. Cuma kadang-kadang tu takut juga saya.. Dekat UPM ni kalau hujan tak guruh memang tak sah.. Guruh pulak bukan nak slow-slow.. Kuat bukan main.. Tambah pulak saya ni duduk bangunan tingkat 5.. Kilat tu macam lalu depan mata je.. Kecut perut iollss taw hehehe



ni gambar dari atas blok ioolss.. nampak mendung kan?



Sebenarnya dari atas ni boleh nampak ERL lalu kat belakang tu..
Tapi camera tak canggih nak zoom hehe

Dalam pada mendung-mendung ni, saya ada juga buat penanda buku.. will update soon for the bookmarks.. Till now, bye =D

Khamis, 21 November 2013

Kusudama Flower for the first entry

Assalamualaikum semua…
Hari ni hari pertama blog Rosy Handmade Crafts di bangunkan. Tujuan utama blog ni dibina adalah untuk memenuhi minat saya dalam bidang kraf. I am crazy about craft. Kalau sehari tak buat kraf, atau tak browse tentang kraf memang tak sah hehehe. Bagi saya, kerja-kerja kraf ni boleh menghilangkan stress saya sebagai seorang pelaja. Oleh sebab itu, wujudlah blog Rosy Handmade Crafts ni. Boleh juga like page Rosy Handmade Crafts di Facebook =D


So, tanpa perlu berlengah lagi jom tengok kusudama flower yang saya buat hari ni =D Check it out guys!





"There are always flowers for those who wants to see them - Henri Matisse"




"Flowers... are a proud assertion that a ray of beauty outvalues all the utilities of the world -Ralph Waldo Emerson"



Bagi saya, Kusudama Flower ni sangat cantik dan unik.. suka sangat buat bunga ni.. Ok la nanti saya akan upload banyak lagi hasil kraf yang saya buat. See you guys.. Bye! =D