Khamis, 16 Januari 2014

QUILLED CARD

Assalamualaikum =D

Dah lapan hari Yan cuti semester.. Tapi baru hari ni dapat update blog.. Nak tunjuk kad yang Yan buat semalam.. menggunakan teknik quilling.. Jom tengok! =D




Yan tertarik dengan quilling ni lepas blogwalking and tengok ramai crafter yang buat.. Ada yang buat atas kad, ada yang dalam frame.. memang cantik-cantik sangaaattttt =D



First time buat not bad la kan? hehehe lepas buat ni terus rasa fall in love mati2 kat art ni hehehe lepas ni nak cuba buat lagi ^_^



Abaikan hand writing yang tersangat lah teruk tu =D next time kena print baru nampak cantik mih mih mih....




That's all for today.. Insya Allah nanti Yan akan update lagi projek Yan yang terbaru.. Good bye for now ^_^

Khamis, 2 Januari 2014

Keychain Bear Comel

Assalamualaikum =D

Hari ni Yan nak tunjukkan keychain bear yang Yan buat masa studyweek haritu.. Keychain Bear ni simple je design nya tapi cantik kan? =D

Yan buat untuk anak buah Yan.. Sibuk nak jugak keychain.. Katanya nak buat gantung di kotak pensil.. Maklumlah dah mula sekolah kan..Tu yang buat sorang satu keychain bear ni.. Suka sangat diorang hehehe

Kalau yang berminat design Keychain Bear macam ni boleh la ke facebook Yan untuk tempahan..

KEYCHAIN BEAR COMEL

RM2/ PCS





Untuk Keychain Bear yang comel ni, warna boleh request.. Kat sini Yan buat warna merah cili dengan kuning..


Kalau anda nak tempah, boleh Pm Yan di FACEBOOK.. Yan jual murah-murah je.. sebab Yan cuma nak isi masa lapang sambil memenuhi minat Yan dalam kraf ni.. =D

Jom pakat-pakat tempah keychain bear yang comel ni.. Cantik gantung di beg sekolah atau juga di kotak pensil.. Sangkut kat kunci pun cun! =D

Isnin, 16 Disember 2013

KEY CHAIN FELT BENTUK LOVE

Assalamualaikum uoollsss =D

Just a quick and short update for today..
Tadi petang Yan sempat buat key chain bentuk hati ni... Almaklumlah dah nak hujung semester ni kelas dah tak banyak.. jadi sempat la buat kraf baru hehehe
Jom tengok! =D




comel tak ada butang tu =D hehehe


sebenarnya ni kechain love biasa je.. cuma Yan gabungkan warna pink dengan biru tu untuk nampak menyerlah.. bagi Yan biru and pink tu padanan yang ideal.. eceeehhh =D

sangkut kat purse kesayangan...




Boleh letak dekat purse macam yang Yan buat ni.. Atau boleh juga sangkut dekat beg atau pencil case =D

Berminat? boleh contact Yan di Facebook.. 
nantikan kraf terbaru dari Yan..
ok till now, bye =D



Sabtu, 14 Disember 2013

Handphone Case Felt

assalamualaikum =D

Hari ni nak update entry pasal Hp Case yg Yan buat pagi tadi.. Hp case felt yang simple je.. Yan punya Hp case yang lama tu dah mcm nazak sangat dah hehehe Tu yang kebetulan hari ni free, terus je buat pagi td.. Jom tengok hasilnya =D






Yan tak tau nak buat design apa..tu yang jd gambar cendawan je tengah tu hehehe... pastu nak bagi nampak glamour sikit, Yan tambah sequins berkilat-kilat tu =D sebenarnya tak nak bagi nampak cam kosong kat bahagian bawah tu hehehe


so, Yan gembira sebab dapat menghadiahkan diri sendiri HP Case baru.. yeeeeee =D
Nak tengok banyak lagi gambar, jom like page Rosy Handmade Crafts dekat SINI =D

i'm thinking of my next project.. maybe nak buat pencil case untuk kakak Yan kot..sebab kakak Yan tu cikgu.. sekolah tak lama lagi nak bukak..so, pencil case should be a perfect gift for her.. jadi tunggu my next project k.. see you soon =D


Selasa, 10 Disember 2013

FRAME NAMA FELT

Assalamualaikum =D

lama tak update blog.. bukan menghilang..cuma agak busy dgn mcm2 aktiviti and assignment.. tapi dalam busy, sempat jugak minggu lepas buat frame nama dari felt. buat ni utk dihadiahkan kepada my sweet love hehehe gediks nya i.. =p first time buat kraf dari felt.. tapi nak tepek gak dlm blog hehehe





mula minat buat felt ni lepas blog walking and search kat google.. macam menarik je..tu try buat satu frame ni.. first trial not bad la kn? hehehe



tulisan and flowers tu main lukis je freehand.. next time kena buat template la kasi nampak mcm diva sikit hehehe pastu i just tambahkan butang bentuk rama-rama sekor and two stars.. utk effect mcm shining bila kena cahaya, i tambah sequins je.. 


patut letak atas frame stand mcm ni..tapi lupa pulak nak beli frame cenggini kat cik abg tu..tak pe la..beli sendiri la ek hehehehe...

lepas buat frame ni, terus rasa fall in love dgn felt craft.. nanti nak buat keychain la pulak..tapi agak susah nk cari barang kraf ni.. semua kena beli online je..terutama fibre.. any suggestion kat mana nak dapat alat kraf area shah alam?

ok la..tunggu my next project ok bye =D



Rabu, 27 November 2013

Assalamualaikum =D

dah berapa hari tak update blog.. agak busy seminggu dua ni.. almaklumlah tinggal 3 minggu je lagi sebelum habis kuliah and pastu final exam.. jadi agak busy assignment sana sini.. due date pun dekat-dekat.. jadi macam terkejar-kejar sikit.. ni pun curi-curi masa sikit update.. oleh sebab ke'busy'an yang melanda, tak dapat la nak create hasil kraf yang baru..cadangnya nak buat greeting card.. tapi mungkin tunggu study week nanti la kot..tak lama dah =D hehehe
so, nantikan greeting card dari Rosy Handmade Crafts ok =D

Sabtu, 23 November 2013

BOOKMARKS DAH SIAP! =D

Assalamualaikum =D

Seperti yang dijanjikan… Saya nak update pasal bookmarks bertemakan friendship. Bookmarks ni saya buat semalam sebenarnya. Tapi hari ni baru dapat upload. Ada quotes tentang friendship.


 Sedar atau tak, sahabat adalah antara orang yang penting dalam hidup kita. Cuba bayangkan kalau tak ada sahabat, maka sunyilah hidup kita. Sahabat ni bukan sahaja manusia, kadang-kadang kucing pon boleh jadi sahabat kita. Tapi takkan nak hadiahkan bookmark pulak kat kucing walaupun kucing tu sahabat dunia akhirat kita kan hehehe



Ok jom layan bookmarks yang saya buat ni.. Nak tempah? Boleh je.. Dipersilakan contact saya kat facebook.. Like page saya ok hehehe =D


saya buat dua warna... orange and kelabu





Kalau tak mau tema friendship, saya boleh tukar quotes tu kepada love, teacher, adik beradik atau tema-tema yang anda nak. Warna pon boleh request.. 

Untuk tengok lebih banyak gambar, pergi ke Facebook saya.. Banyak lagi gambar yang saya upload.. Ada gambar setiap satu bookmark yang saya buat.. Boleh cuci-cuci mata hehehe =D

Tunggu projek saya seterusnya k.. Ok till now guys.. A lot more coming soon. Bye =D